Selepas Bersalin


Produk Dijual:
1.     Set Bersalin Lengkap Mak Bidan - D’Herbs
2.     Amme Complete - Sendayu Tinggi
3.     Set Bersalin Ibu Halimah - Jamu Mak Dara
4.     Set Bersalin Salindah - Era Edar
5.     Set Bersalin Atika Beauty - Atika Beauty
6.     Set Ibu Bersalin Confine Mum Premium
7.     Herbanika Bersalin - Nona Roguy
8.     Bengkung Mak Bidan - D’Herbs
9.     Bengkung Ikat Correctuer - Leesa Formula
10. Bengkung Amme Corset - Sendayu Tinggi
1. Set Bersalin Lengkap Mak Bidan
Harga Pasaran: RM199  Harga Kami: RM179
Mengandungi :
  • Pati Herba Mak Bidan
  • Pilis & Param Mak Bidan
  • Krim Panas Mak Bidan
  • Kapsul Jamu Mak Bidan
  • Minyak Telon
  • Tungku Herba Mak Bidan
  • Perawan Herba Herbal Wash
a) Pati Herba Mak Bidan
Menambah tenaga & memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin memulihkan & meyihatkan rahim serta dapat menyembuhkan luka jahitan. Diambil mulai hari pertama sehingga hari ke 20 selepas bersalin 1 sudu pagi & 1 sudu petang selepas mkn.

b) Pilis & Param Mak Bidan
Dibuat daripada herba-herba terbaik bagi membuang angin dalam badan serta mencantikkan kulit dan memanaskan badan & digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan. Boleh digunakan di bahagian dahi bagi menyejukkan mata & kepala dan mengelakkan pening kepala Didatangkan dalam bentuk cecair yang memudahkan penggunaan&tidak perlu dibancuh lagi. Cara penggunaan – digunakan selepas menggunakan krim panas Mak Bidan Sapu di seluruh badan dan di dahi (kecuali payudara & perut).

c) Krim Panas Mak Bidan
Dapat mengeluarkan angin dalam badan & memanaskan badan. Membakar lemak serta melangsingkan badan juga mengurangkan selulit, senggugut serta mencantikkan kulit. Cara penggunaan – digunakan sebagai krim urutan selepas bersalin, sapukan di seluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung seterusnya di bahagian peha, punggung & lengan bagi tujuan mengurangkan selulit & membakar lemak (jangan sapu di bahagian payudara bagi wanita yang menyusukan bayi)

d) Kapsul Jamu Mak Bidan
Merapatkan otot vagina, serta mengecutkan rahim, dalam masa sama ianya juga dapat melangsingkan badan & menambahkan tenaga serta menyihatkan badan. Arahan pemakanan – ambil 1 biji 3 kali sehari mulai hari ke 21-40 selepas bersalin. Banyakkan minum air suam .

e) Minyak Telon
Digunakan untuk mengatasi masalah perut kembung & menghangatkan tubuh bayi. Cara penggunaan – sapu di bahagian perut, dada, belakang badan, tapak kaki bayi selepas mandi.

f) Tungku Herba Mak Bidan
Digunakan untuk mengecutkan peranakan, melancarkan perjalanan darah dan membuang angin serta dapat membuang darah kotor dalam badan. Cara penggunaan – kukus tungku selama 15-20 minit sebelum digunakan.

g) Perawan Herba Herbal Wash
Pencuci alat sulit wanita yang berfungsi untuk membersih alat sulit agar sentiasa bersih & segar sepanjang hari. Cara penggunaan – titisan perawan herbal wash pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih. Bilas sehingga bersih.

2. Amme Complete
Harga Pasaran: RM386  Harga Kami: RM359
Mengikut perubatan perbidanan dan Ayurveda, wanita selepas bersalin akan mengalami darah beku atau darah meroyan (blood poisoning) yang amat merbahaya di mana virusnya akan membunuh hormon wanita yang akan menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan. Ini akan menyebabkan wajah seseorang itu menjadi pucat dan lesu. Kemurungan selepas bersalin juga disebabkan penjagaan di dalam pantang yang tidak betul sehingga menyebabkan meroyan. Penjagaan selepas bersalin amat penting kerana dalam tempoh ini badan yang dahulunya mengembang akan mula mengecut dan ini merupakan waktu yang terbaik untuk menguruskan badan. Dengan penjagaan yang betul badan juga akan lebih segar dan bertenaga selepas selesai sahaja tempoh berpantang.

Pakej ini  merupakan produk lengkap untuk ibu-ibu selepas bersalin selama 60 hari. Pantang masyarakat Melayu adalah selama 45 hari. Tetapi pakej lengkap bersalin Ammy Complete dengan gabungan Perbidanan & Ayurveda disarankan pengambilannya selama 60 hari agar badan lebih bertenaga selain lebih langsing. Pakej lengkap ini amat mudah digunakan terutama bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu. Ia memberikan penjagaan menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki dalam penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. Bagi yang pertama kali menggunakan pakej ini pastinya merasai perbezaannya yang ketara. Ia terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran iaitu Penjagaan Dalaman (6 unit) dan Penjagaan Luaran (5 unit)

PENJAGAAN DALAMAN KETIKA PANTANG
Ammy Complete (1-10 Hari)
  • Mengelakkan ibu mendapat bentan.
  • Membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh.
  • Membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan peredaran darah tanpa rasa rengat atau sakit.
Ammy Complete (11-20 Hari)
  • Memberikan ibu tenaga.
  • Memperbanyakkan dan melancarkan air susu.
  • Membaikpulih luka dalaman tubuh.
Ammy Complete (21-30 Hari)
  • Merapatkan kembali otot-otot rahim dan tulang punggung.
  • Membaikpulih luka dalaman setelah bersalin.
  • Memberikan ibu tenaga dan menambah darah.
Ammy Complete (31-40 Hari)
  • Membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah dan mengecutkan rahim.
  • Mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal.
  • Menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.
Ammy Complete (41-50 Hari)
  • Menyihatkan rahim dan mengetatkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak.
  • Menyerikan kecantikan ibu dari dalam.
Ammy Complete (51-60 Hari)
  • Membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh.
  • Memberikan kesegaran dan tenaga.
  • Memberikan keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.
CARA GUNA
Bagi Set Penjagaan Dalaman Amme Complete 1-60hari:
1.     Ambil 2 kapsul untuk 3 kali sehari. ½ jam sebelum makan.
2.     Sekiranya badan terasa panas atau timbul ruam pada ibu atau bayi bagi yang menyusu badan sila kurangkan dos.
3.     Jika terdapat baki kapsul bagi mana-mana botol, teruskan semula pengambilannya selepas 60 hari.
PENJAGAAN LUARAN KETIKA PANTANG
a) Amme Heat
  • Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
  • Mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi.
  • Sesuai juga untuk orang tua yang sakit urat dan sendi.
  • Cara Guna - Sapukan pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin.
b) Amme Massage
  • Digunakan secara luaran bagi wanita selepas melahirkan anak sebagai minyak berangin, melembap dan menyegarkan badan.
  • Digunakan untuk mengurut tubuh dan memeberikan ketenangan pada badan dan sendi
  • Membantu melegakan ketegangan otot dan membetulkan urat-urat selepas bersalin.
  • Melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.
  • Cara Guna - Campurkan Ammy Heat sedikit di dalam Ammy Massage sebelum membuat urutan.
c) Baby Telon (Minyak Bayi)
  • Digunakan secara luaran bagi bayi dan kanak-kanak sebagai minyak berangin, menyegarkan dan melembapkan kulit.
  • Bersifat seperti losyen dan tidak berminyak. Ia memberikan kelembutan dan ketenangan pada      bayi.
  • Formulasi dari herba terpilih yang tidak panas dan sesuai digunakan oleh bayi.
  • Membantu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk.
  • Cara Guna - picit sedikit dan gosok Baby Telon hingga rata pada tapak tangan anda sebelum disapu pada perut, dada dan belakang bayi.
d) Tummy Tone
  • Digunakan untuk membantu menghaluskan dan mencantikkan kulit wanita selepas bersalin terutamanya di bahagian perut dan paha.
  • Berfungsi melangsingkan otot perut yang kembang.
  • Mengeluarkan darah beku yang menjadi punca perut buncit.
  • Menghilangkan kesan rekahan pada bahagian perut selain bertindak untuk memutihkan kulit.
  • Cara Guna – Campurkan 2 sudu Tummy Tone dengan air limau nipis/cuka bersama air. Kemudian sapu pada bahagian perut dan boleh memakai bengkung selepas kering. Bagi kulit sensitif, sapu dengan tipis dengan menggunakan air sahaja. Jika iritasi berterusan, hentikan penggunaan tetapi teruskan pengambilan kapsul Amme Complete.
e) Body Tone
  • Digunakan secara luaran untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, menghaluskan dan      mencantikkan kulit badan. Ia diperbuat daripada herba unik seperti buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning.
  • Membantu mengembalikan kecantikan asal tubuh, mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.
  • Memastikan badan sentiasa segar selain berfungsi menanggalkan daki serta mencerahkan kulit.
  • Cara Guna - Campurkan 2 sudu Body Tone dengan air mawar/air biasa dan gaul sekata. Digunakan sebagai pilis pada dahi dan badan. Sapukan pada lengan, paha dan belakang badan sebelum memakai bengkung
3. Set Bersalin Ibu Halimah
Harga Pasaran: RM350  Harga Kami: RM320
Hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu. Set ini adalah lengkap untuk penggunaan 44 hari tempoh berpantang.

KANDUNGAN
  • Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
  • Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
  • Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
  • Pilis 1 bekas 200 gram
  • Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
  • Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
  • Bengkung 1 helai
  • Tungku Kukus Berherba 1 unit
a) Jamu Mak Dara
Jamu Mak Dara adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semuladi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan pada tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tubuh.
Khasiat Jamu Mak Dara - Ia membuang toksik dalam badan, menyuburkan rahim, mengatasi masalah keputihan, merapatkan faraj, menambahkan nafsu syahwat, mengembalikan tenaga, memperbaiki sistem kitaran haid, membuang angin, membakar lemak, menurunkan berat badan, mengatasi masalah bau badan, sakit pinggang dan lemah badan serta berfungsi sebagai awet muda. Pemakanan dan pengamalan Jamu Mak Dara secara teratur dan konsisten menggalakkan kesihatan dalaman wanita sehingga terpancar keluaran tubuh wanita.

Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Serbuk)
1.     Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara(serbuk) ke dalam setengah cawan air panas.
2.     Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara.
3.     Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
4.     Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu.
5.     Banyakkan minum air suam ketika berpantang.
6.     Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Kapsul)
1.     Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan.
2.     Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.
3.     Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.
b) Losyen Param Ibu Halimah
Bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.

Cara Guna Losyen Ibu Halimah
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

c) Pilis
Digunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa dialami ibu ibu baru lepas bersalin.

Cara Guna Pilis
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

d) Bedak Sejuk
Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
Cara Guna Bedak sejuk
1.     Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes.
2.     Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam.
3.     Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.
4.     Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.
e) Rempah Mandi
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.
1.     Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.
2.     Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).
3.      Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
4.     Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
5.     Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
f) Bengkung
Diperbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

Cara Guna Bengkung
1.     Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
2.     Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
3.     Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
4.     Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
5.     Adalah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu Losyen Ibu Halimah  terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
6.     Di sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. (akan di sertakan gambar setiap kali pembelian 1 set).
g) Tungku Kukus Herba
Tungku Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Cara Guna Tungku Kukus Herba
1.     Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab.
2.     Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
3.     Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
4.     Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
5.     Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.
4. Set Bersalin Salindah
Harga Pasaran: RM370  Harga Kami: RM339
“Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang” Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.Set Bersalin Salindah adalah penyelesaiannya dan sesuai untuk semua wanita hamil.

KHASIAT
Membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan seterusnya menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena).
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia seterusnya membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu.
  • Membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.
  • Menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin.
KANDUNGAN
  • Biokimia
  • Homopati
  • Herbalisma
KAEDAH GUNA
B1 – Mulai seawal kehamillan
1.     Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu dan menambah darah bagi orang yang pucat.
2.     Bersifat Biokimia
3.     Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 12 (bulan 3)
 B2 – Mulai minggu ke 24 hamil
1.     Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan.
2.     Menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
3.     Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
4.     Bersifat Biokimia
5.     Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 24 (bulan 6)
 B3 – Mulai minggu ke 28 hamil
1.     Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis.
2.     Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
3.     Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur dan pelupa malas
4.     Bersifat Biokimia
5.     Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 28 (bulan 7)
 B4 – Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin
1.     Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan.
2.     Memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
3.     Membantu wanita mengatasi masalah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
4.     Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
5.     Ambil 1biji sehari mulai 4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin.
 B5 – Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin
1.     Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
2.     Bersifat Biokimia
3.     Ambil 2biji 3 kali sehari mulai 2 minggu sebelum dijangka bersalin
 B6 – Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin
1.     Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
2.     Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan dan memulas dalam perut.
3.     Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
4.     Ambil 1biji sehari mulai 1 minggu sebelum dijangka bersalin1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
 L7 – Guna selepas bersalin-cecair
1.     Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan. Ia juga dibuat basuhan dan kompres.
2.     Bersifat Herbalisma
3.     Penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
 L8 – Mulai 5 jam selepas bersalin
1.     Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala. Boleh juga merawat bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah dan darah hidung
2.     Ambil 1biji 1 jam mulai 5 jam selepas bersalin
 L9 – Mulai hari ke 2 selepas bersalin
1.     Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
2.     Boleh juga merawat lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
3.     Ambil 1biji 4kali sehari mulai dari hari ke 2 bersalin
 L10 – Mulai hari ke 6 selepas bersalin
1.     Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru. Boleh juga merawat Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
2.     Ambil 2 biji 3 kali sehari mulai dari hari ke 6 bersalin
 L11 – Mulai hari ke 7 selepas bersalin
1.     Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Melenakan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan. Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga
2.     Bersifat Herbalisma
3.     Diminum 2 sudu besar 3 kali sehari mulai dari hari ke 7 bersalin sebelum makan.
 L12 – Mulai hari ke 21 selepas bersalin
1.     Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran
2.     Ambil 2 biji 2 kali sehari mulai dari hari ke 21 bersalin
INFO TAMBAHAN:
Setiap set Salindah lengkap akan disertakan bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah :
1.     Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang
2.     Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan
3.     Khasiat dan panduan penggunaan Salindah
4.     Rancangan penjagaan kesihatan
5.     Tip dan Senaman Untuk Ibu Hamil
Perhatian :
1.     Elakkan minuman berkafein (Kopi,nescafe dan teh) dan bergas.
2.     Jangan dipegang ubat,gunakan sudu plastik atau tudung botol ubat saja
5. Set Bersalin Atika Beauty
Harga Pasaran: RM300  Harga Kami: RM260
Ia merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman bagi ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata. Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.

KANDUNGAN
  • Jamu Bersalin 1 300 biji.
  • Jamu Bersalin 2 300biji.
  • Teh Herba Tampang 10 paket.
  • Minyak Herba 100ml.
  • Minyak Bayi 100ml.
  • Rempah Pembersih Wanita.
  • Param.
  • Tapal.
  • Pilis.
KHASIAT & CARA GUNA
Jamu Bersalin 1
  • Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.
Jamu Bersalin 2
  • Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.
Teh Herba Tampang
  • Sebagai minuman selepas bersalin.
  • Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.
Minyak Herba
  • Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.
Minyak Bayi
  • Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.
Rempah Pembersih Wanita
  • Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
  • Cara Penggunaan :
1.     Gunakan produk ini 2 kali sehari.
2.     Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali.
3.     Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit.
4.     Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat.
5.     Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam.
6.     Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk.
7.     Buang larutan itu selepas digunakan.
Param
  • Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.
Tapal
  • Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.
Pilis
  • Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
  • Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.



No comments:

Post a Comment